Selamat Datang

Welcome To Sue Sun's Blog

News

Tuesday, 11 October 2011


Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Ambilan 2012 di bawah RMK ke 10

Berita baik buat guru di seluruh Malaysia.
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan program Pengajian Jarak Jauh (PJJ) tersebut yang akan dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) / Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) /  Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seluruh negara.
Tujuan program PJJ ini dilaksanakan adalah untuk memberikan peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) meningkatkan kelayakan akademik ke peringkat ijazah sarjana muda disamping memenuhi keperluan guru siswazah bagi mata pelajaran kritikal di sekolah rendah dan menengah.
Program Pensiswazahan Guru (PPG) ditawarkan kepada PPPLD yang sedang berkhidmat di :
  • Sekolah rendah
  • Sekolah menengah
  • Sekolah bantuan kerajaan
  • Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
  • Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
  • Bahagian di bawah kelolaan KPM
Syarat permohonan PJJ :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 47 tahun dan ke bawah pasa 2012 (lahir pada atau selepas 1965)
  3. PPPLD yang berumur 46 dan 47 tahun yang telah memilih opsyen bersara wajib 58 tahun
  4. Telah disahkan dalam jawatan
  5. Tidak berdaftar atau tidak mengikuti apa-apa pengajian dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa/separuh masa/sambilan dengan tajaan Kementerian Pelajaran Malaysa
  6. Memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau SIjil Perguruan
Cara Memohon PJJ :
Maklumat lanjut dan cara memohon boleh diperolehi dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://www.moe.gov.my mulai 17 Oktober 2011 (Isnin) bermula jam 10 pagi.
Tarikh tutup Permohonan PJJ :
Tarikh tutup bagi  permohonan PJJ pada 27 November 2011 (Ahad) sebelum 11.59 malam.
Pertanyaan :
Sebarang pertanyaan mengenai program PJJ ini boleh diajukan kepada unit berikut :
Unit Peningkatan Akademik Dan Kompentasi
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Guru
Tel : 03-8884 1091 / 1269 / 1273 / 1270